Friday, July 29, 2011

HIMPUNAN BELIA 1MALAYSIA 2011

Himpunan Belia 1Malaysia telah diadakan pada 28 Julai 2011 bertempat di Perkarangan Mini Stadium Pendang, Kedah Darul Aman. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana pada jam 3 petang bersempena dengan lawatan sehari beliau ke negeri Jelapang Padi itu.


Seramai 15,000 orang telah menghadiri majlis perasmian sempena himpunan tersebut bagi menunjukkan tanda sokongan mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.


Antara aktiviti-aktiviti sempena Himpunan Belia 1Malaysia adalah :
Ø      Ekspo, pameran dan jualan dari Kementerian, Jabatan, Agensi-agensi kerajaan, koperasi dan syarikat swasta
Ø      Pertandingan Futsal, Bola Jaring dan Sepak Raga Ratus
Ø      Cabutan bertuah dan lain-lain.      




Sempena himpunan tersebut juga, TEKUN Nasional telah menyalurkan pinjaman sebanyak RM 452,000.00 kepada seramai 42 orang usahawan bagi kawasan parlimen Pendang bagi tujuan mereka memula dan mengembangkan perniagaan. Cek pinjaman perniagaan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi TEKUN Nasional yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang, YB. Puan Suraya Yaacob serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, YBhg. Datuk Abdul Rahim Hassan. Kaunter perkhidmatan TEKUN Nasional turut dibuka kepada orang ramai dan sambutan yang diterima daripada pengunjung yang hadir amat menggalakkan.

Himpunan Belia 1Malaysia turut dimeriahkan dengan kehadiran Kumpulan Muzik TEKUN Nasional dan penyanyi popular jemputan tanah air iaitu saudara Ali Terra Rossa (bekas vokalis kumpulan XPDC) dan saudara Ashid dari kumpulan Def Gab C.

No comments:

Post a Comment