Monday, August 22, 2011

Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi

Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi telah diadakan pada 19 & 20 Ogos di UiTM, Shah Alam, Selangor. Arkib Negara telah dijemput untuk menyertai konvensyen yang bertemakan ‘Satu Jihad Ekonomi Bumiputera’ anjuran Gagasan Badan Ekonomi Baru (GABEM). Perasmian pembukaannya telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 19 Ogos 2011 dan majlis penutup oleh Tan Sri Muhyiddin bin Yassin.






YAB Perdana Menteri  telah meluangkan sedikit masa  melawat pameran yang diadakan oleh Arkib Negara yang memaparkan poster yang berkisar mengenai usaha-usaha pembangunan ekonomi bumiputera  di Malaysia. Pihak TEKUN Nasional turut dijemput dan membuka booth di pameran tersebut.

No comments:

Post a Comment