Monday, August 22, 2011

Program Amal Ramadhan & Pelancaran Tabung Kebajikan Warga Kerja

Program Amal Ramadhan & Pelancaran Tabung Kebajikan Warga Kerja telah diadakan pada 19 Ogos 2011 di Ibu pejabat, TEKUN Nasional. Program amal ini adalah kerjasama TEKUN Nasional bersama PUSPANITA TEKUN dan Kelab Kebajikan dan Rekreasi TEKUN Nasional (KESURA). Majlis ini bermula dari jam 10 pagi - 4.00 petang.






Majlis Katam Quran turut diadakan pada hari yang sama jam 9 pagi.

Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi

Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi telah diadakan pada 19 & 20 Ogos di UiTM, Shah Alam, Selangor. Arkib Negara telah dijemput untuk menyertai konvensyen yang bertemakan ‘Satu Jihad Ekonomi Bumiputera’ anjuran Gagasan Badan Ekonomi Baru (GABEM). Perasmian pembukaannya telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 19 Ogos 2011 dan majlis penutup oleh Tan Sri Muhyiddin bin Yassin.






YAB Perdana Menteri  telah meluangkan sedikit masa  melawat pameran yang diadakan oleh Arkib Negara yang memaparkan poster yang berkisar mengenai usaha-usaha pembangunan ekonomi bumiputera  di Malaysia. Pihak TEKUN Nasional turut dijemput dan membuka booth di pameran tersebut.