Monday, July 18, 2011

MAJLIS TEKUN NASIONAL BERSAMA MASYARAKAT INDIA PARLIMEN TELUK INTAN

Majlis TEKUN Nasional bersama Masyarakat India Parlimen Teluk Intan telah diadakan pada 16 Julai 2011 (Sabtu) jam 8.00 malam di Padang Ladang Nova Scotia, Teluk Intan Perak. Majlis ini  bertemakan Pembangunan Ekonomi Masyarakat India dirasmikan oleh YBhg Dato’ Mohd Hashim Abdullah Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.  Objektif majlis perjumpaan ini adalah untuk memberi maklumat dan penerangan berkaitan Skim Pembangunan Usahawan Muda India ( SPUMI ) serta mempereratkan silaturrahim di kalangan Masyarakat India Dan Pemimpin.

Majlis ini turut dihadiri Oleh Tn Hj Raihan TKSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' S.K Devamany Menteri JPM, YBhg Dato' Mah Siew Keong, Naib Presiden GERAKAN,YBhg Datuk Veerasingam, Ketua Perhubungan MIC Perak  







Peranan dan Objektif SPUMI adalah:
i)  Menyediakan skim pembiayaan mikro yang bertujuan memberi kemudahan untuk menjalankan perniagaan di kalangan belia india yang berumur 18 – 45 tahun.

ii)  Menggalakkan belia India menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara inovatif di samping meransang bidang keusahawanan di Malaysia.

iii) Memberikan peluang penglibatan yang lebih ramai untuk menggalakkan belia india menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara inovatif di samping merangsang bidang keusahawanan di Malaysia.

Sempena majlis ini, seramai 5 orang usahawan TEKUN Kawasan Parlimen Teluk Intan menerima Anugerah Usahawan TEKUN Cemerlang dan seramai 89 orang usahawan Kawasan Parlimen Teluk Intan menerima cek pinjaman TEKUN Nasional yang keseluruhannya berjumlah RM 700,000.00.

No comments:

Post a Comment