Thursday, March 31, 2011

Explorasi Taman Negara Pahang


Pada 8 - 10 April 2011 yang lalu, satu aktiviti telah diadakan dengan kerjasama buat kali pertama diantara PUSPANITA TEKUN dan KESURA iaitu Program Explorasi Hijau - Taman Negara Pahang. Diantara aktiviti yang telah dijalankan adalah menaiki bot merentasi Sungai Tahan ke Lata Berkoh, memberi makan ikan Kelah di Tenor Fish Sanctuary. Pada sebelah petang peserta explorasi melawat perkampungan orang asli kaum Batek. Disamping itu, peserta juga turut diajar cara penyediaan barang menyumpit dan menyumpit. Pada masa yang sama peserta juga telah menyumbangkan sedikit derma ikhlas yang disampaikan oleh YM Datin Tengku Hairul Nizar kepada Tok Batin. Dalam perjalanan pulang ke penginapan, peserta melalui satu terusan jeram dan melakukan aktiviti 'bot spring' yang cukup menyeronokkan. Aktiviti pada malamnya, diadakan majlis makan malam (BBQ) dan karaoke.




Pada keesokan harinya, peserta explorasi terlibat dengan aktiviti yang lebih mencabar iaitu kembara hutan keTerasek Hill, menyeberangi laluan jambatan gantung terpanjang di dunia yang mempunyai 10 hentian sepanjang 530 meter dengan ketinggian 40 meter dari tanah.



Setelah selesai aktiviti kembara hutan, semua peserta pulang ke penginapan dan bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment