Wednesday, March 23, 2011

Pencarian Penyanyi Kumpulan Muzik TEKUN Nasional

Pencarian Saringan Penyanyi Kumpulan Muzik TEKUN Nasional telah diadakan pada 12 Mac 2011 di Look Up Point, Ampang, Selangor. Aktiviti sukaneka bagi kanak-kanak dan warga kerja TEKUN juga turut diadakan. Peringkat akhir bagi pencarian penyanyi TEKUN Nasional ini diadakan pada 22 Mac 2011. 

Pencarian penyanyi Kumpulan Muzik TEKUN Nasional adalah bagi memilih bakat terpendam di kalangan warga kerja TEKUN untuk menjadi penyanyi Kumpulan Muzik TEKUN yang akan membuat persembahan yang berkaitan dengan TEKUN Nasional. Penyanyi tersebut akan mengikuti program-program yang melibatkan Kumpulan Muzik TEKUN untuk membuat persembahan nyanyian. 

Pemenang Juara menerima Mock Cheque bernilai RM5,000, piala dan juga sijil penyertaan. Bagi Naib Juara menerima Mock Cheque bernilai RM3,000, piala dan sijil penyertaan. Tempat ketiga pula menerima Mock Cheque bernilai RM1,000, piala dan juga sijil penyertaan. Juara bagi pertandingan karaoke ini telah dimenangi oleh En.Zaimi dari Pejabat TEKUN Cheras. Beliau juga turut menerima RM500 bagi persembahan terbaik.


 Aktiviti sukaneka yang turut dijalankan serentak dengan Pertandingan Karaoke

 Warga Kerja TEKUN yang menyertai Pertandingan ini.

Warga Kerja TEKUN yang turut hadir bersama

 Kumpulan Muzik TEKUN Nasional




 AJK Kesura yang menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment