Wednesday, March 16, 2011

Program Explorasi Minda, PUSPANITA

Program Explorasi Minda, anjuran PUSPANITA telah diadakan di Perpustakaan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, MOA pada 14 dan 15 Mac 2011.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari pertama adalah Sesi Bercerita oleh Datin Tengku Nizar Pengerusi PUSPANITA TEKUN Nasional), Sesi Pencarian Maklumat (Infohunt), Kem Solat, dan Sesi & Demonstrasi Hasil Seni Kreatif. Pada hari kedua di adakan Pertandingan Mewarna, Sesi Bercerita daripada pihak UiTM dan aktiviti Pintar Jawi oleh Perpustaakan Negara Malaysia.

Kanak-kanak yang terlibat adalah dari anak-anak Puspanita dari unit Perpustakaann MOA, TEKUN Nasional, & Puspanita Ibu Pejabat (Cawangan MOA).


 






 

Monday, February 21, 2011

EKSPO PERTANIAN DAN PERNIAGAAN IKS PERINGKAT PARLIMEN PASIR PUTEH, KELANTAN

Ekspo Pertanian dan Perniagaan IKS Parlimen Pasir Puteh telah diadakan pada 13 hingga 21 Februari 2011 bertempat di Dataran Empangan Gong Kulim, Pasir Puteh, Kelantan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Noh Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 13 Februari 2011 jam 10 pagi.

Turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis perasmian adalah YBhg. Tan Sri Panglima Annuar Musa, Ketua UMNO Bahagian Ketereh merangkap Pengerusi KADA, YBrs. Tuan Zawawi Othman, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh dan YBhg. Dato’ Mohd Hashim Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Pembiayaan TEKUN Nasional
TEKUN Nasional turut menyerahkan mock up cek dan cek bernilai RM 160,000.00 kepada 22 orang usahawan TEKUN Parlimen Pasir Puteh semasa majlis perasmian.







Aktiviti – aktiviti sepanjang program  :
Ø      Pameran dari agensi-agensi di bawah MOA
Ø      Jualan dari usahawan-usahawan di bawah agensi MOA 
dan penduduk tempatan
Ø      Permainan rakyat seperti gasing dan wau
Ø      Pertandingan karaoke
Ø      Persembahan dikir barat
Ø      Pertandingan mewarna
Ø      dan lain-lain

Tuesday, January 25, 2011

MAJLIS PERJUMPAAN USAHAWAN TEKUN & PELANCARAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA ( PPUM )

Pada 23 JANUARI 2011 di DATARAN LABIS, JOHOR DARUL TAKZIM, pihak TEKUN NASIONAL telah membuat satu MAJLIS PERJUMPAAN USAHAWAN TEKUN & PELANCARAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA ( PPUM ) TEKUN NASIONAL. Majlis ini telah dirasmikan dan lancarkan oleh Datuk Seri Noh Haji Omar (menteri Pertanian & Industri Asas Tani). Penyerahan bagi Sijil lantikan AJK Pengasas dan Penaja Kelab Komuniti Usahawan TEKUN (KKUT) Kawasan Labis, Segamat dan Sekijang. Penyerahan cek-cek pinjaman TEKUN Nasional kepada usahawan 







Monday, January 24, 2011

Persidangan PTK Seluruh Malaysia

TEKUN Nasional telah mengadakan Persidangan Pengurus TEKUN Kawasan (PTK) Seluruh Malaysia pada 18 - 20 Januari 2011 di Hotel Summit, Subang Jaya, Selangor.

Pada 19 Januari, CEO TEKUN Nasional, YBhg. Datuk Abdul Rahim Hassan telah melancarkan PROGRAM TRANSFORMASI  TEKUN NASIONAL ( TTP ). Program Transformasi TEKUN Nasional atau TEKUN Nasional Transformational Program ringkasnya TTP adalah merupakan satu Inisiatif Strategik dan Daya Usaha  TEKUN Nasional ke arah mempertingkatkan lagi  keberkesanan  Sistem Penyampaiannya  ( Delivery System )  supaya  ianya  dapat    berperanan dengan lebih cekap dan  berkesan serta memberikan perkhidmatan  yang   lebih   baik    bagi   memenuhi hasrat   dan   matlamat  penubuhannya.  Program Transformasi TEKUN Nasional   ( TTP )  ini juga adalah selari dengan Program Transformasi Kerajaan ( GTP ) untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada    rakyat    menerusi  Gagasan 1 Malaysia, Rakyat    Didahulukan    dan   Pencapaian Diutamakan.

Program Transformasi TEKUN Nasional ( TTP ) akan berteraskan kepada 7 Tonggak iaitu : -
1.  Mentransformasikan Persepsi dan Keyakinan Rakyat   Terhadap  TEKUN Nasional dengan memberikan  keutamaan   kepada   pelanggan selaras dengan   aspirasi Rakyat didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
2.  Membina Golongan Warga Kerja TEKUN Nasional yang Berintegriti, Berwibawa dan Mengutamakan Pelanggan.
3.  Memantapkan lagi Organisasi dan Operasi Pelaksanaan TEKUN Nasional ( Business Process ) TEKUN Nasional  supaya   sistem    penyampaiannya ( Delivery System )  mantap  dan  berkesan serta   menjadi sebuah Organisasi Kerajaan yang boleh diharapkan oleh Rakyat 
4.  Menguruskan Dana Pembiayaan Pinjaman TEKUN dengan lebih Sistematik, Cekap dan Berhemah.
5.  Mempertingkatkan Bayaran Balik dan Kutipan Hutang   TEKUN   Nasional   dengan   lebih berkesan supaya wang diperolehi akan dapat disalurkan kepada orang lain pula yang memerlukan.
6.  Memajukan lagi Usahawan TEKUN supaya mereka menjadi Golongan Usahawan yang lebih berjaya serta bermanfaat kepada Negara dan Bangsa.
7.  Mengujudkan Komuniti Usawahan TEKUN yang Berdaya Usaha, Jujur dan Progresif dengan penubuhan Kelab Komuniti Usahawan TEKUN  ( KKUT ) di seluruh negara sebagai satu Platform Jaringan  serta Wadah Pembangunan Ekonomi yang strategik dan amat berkesan.

Pada malam 19 Januari telah dilancarkan Program Transformasi TEKUN Nasional & Perasmian Persidangan Pengurus TEKUN Kawasan (PTK) Seluruh Malaysia 2011 beserta makan malam. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB. Datuk Seri Noh Haji Omar turut dijemput bagi melancarkan program ini. Turut disampaikan Anugerah Pencapaian TEKUN Nasional kepada Pengurus Kawasan yang terlibat.




Jamuan makan malam tersebut turut diiringi Persembahan nyanyian daripada Kumpulan Muzik TEKUN Nasional & Artis jemputan iaitu Rohana Jalil dan L.Ramli.



Latihan silat Kalam bersama dan ceramah kesihatan turut diadakan pada 20 Januari 2011.



Saturday, January 22, 2011

Program Perdana Menteri Bersama Rakyat 1Malaysia

Program Perdana Menteri, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak Bersama Rakyat 1Malaysia ini diadakan pada 20 Januari bertempat di Sungai Petani, Kedah.






Tuesday, January 18, 2011

Majlis Penyerahan Cek Spumi

Majlis Penyerahan Cek Spumi ini dijalankan pada 16 Januari 2011 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Karak. Majlis ini dianjurkan oleh Pengerusi MIC Pahang, Dato' Devendran. Penyerahan cek ini diadakan semperna Pesta Ponggal (pesta menuai).




 

Saturday, January 1, 2011

Pendahuluan mengenai TEKUN Nasional

   TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.
 
      Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.

      Adalah diharapkan dengan Hala Tuju Baru dan Penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional akan menjadi sebuah institusi pelaksana ( executing agency ) yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ). Dengan kejayaan MPPB ini hasrat kita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tercapai.