Monday, January 24, 2011

Persidangan PTK Seluruh Malaysia

TEKUN Nasional telah mengadakan Persidangan Pengurus TEKUN Kawasan (PTK) Seluruh Malaysia pada 18 - 20 Januari 2011 di Hotel Summit, Subang Jaya, Selangor.

Pada 19 Januari, CEO TEKUN Nasional, YBhg. Datuk Abdul Rahim Hassan telah melancarkan PROGRAM TRANSFORMASI  TEKUN NASIONAL ( TTP ). Program Transformasi TEKUN Nasional atau TEKUN Nasional Transformational Program ringkasnya TTP adalah merupakan satu Inisiatif Strategik dan Daya Usaha  TEKUN Nasional ke arah mempertingkatkan lagi  keberkesanan  Sistem Penyampaiannya  ( Delivery System )  supaya  ianya  dapat    berperanan dengan lebih cekap dan  berkesan serta memberikan perkhidmatan  yang   lebih   baik    bagi   memenuhi hasrat   dan   matlamat  penubuhannya.  Program Transformasi TEKUN Nasional   ( TTP )  ini juga adalah selari dengan Program Transformasi Kerajaan ( GTP ) untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada    rakyat    menerusi  Gagasan 1 Malaysia, Rakyat    Didahulukan    dan   Pencapaian Diutamakan.

Program Transformasi TEKUN Nasional ( TTP ) akan berteraskan kepada 7 Tonggak iaitu : -
1.  Mentransformasikan Persepsi dan Keyakinan Rakyat   Terhadap  TEKUN Nasional dengan memberikan  keutamaan   kepada   pelanggan selaras dengan   aspirasi Rakyat didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
2.  Membina Golongan Warga Kerja TEKUN Nasional yang Berintegriti, Berwibawa dan Mengutamakan Pelanggan.
3.  Memantapkan lagi Organisasi dan Operasi Pelaksanaan TEKUN Nasional ( Business Process ) TEKUN Nasional  supaya   sistem    penyampaiannya ( Delivery System )  mantap  dan  berkesan serta   menjadi sebuah Organisasi Kerajaan yang boleh diharapkan oleh Rakyat 
4.  Menguruskan Dana Pembiayaan Pinjaman TEKUN dengan lebih Sistematik, Cekap dan Berhemah.
5.  Mempertingkatkan Bayaran Balik dan Kutipan Hutang   TEKUN   Nasional   dengan   lebih berkesan supaya wang diperolehi akan dapat disalurkan kepada orang lain pula yang memerlukan.
6.  Memajukan lagi Usahawan TEKUN supaya mereka menjadi Golongan Usahawan yang lebih berjaya serta bermanfaat kepada Negara dan Bangsa.
7.  Mengujudkan Komuniti Usawahan TEKUN yang Berdaya Usaha, Jujur dan Progresif dengan penubuhan Kelab Komuniti Usahawan TEKUN  ( KKUT ) di seluruh negara sebagai satu Platform Jaringan  serta Wadah Pembangunan Ekonomi yang strategik dan amat berkesan.

Pada malam 19 Januari telah dilancarkan Program Transformasi TEKUN Nasional & Perasmian Persidangan Pengurus TEKUN Kawasan (PTK) Seluruh Malaysia 2011 beserta makan malam. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB. Datuk Seri Noh Haji Omar turut dijemput bagi melancarkan program ini. Turut disampaikan Anugerah Pencapaian TEKUN Nasional kepada Pengurus Kawasan yang terlibat.




Jamuan makan malam tersebut turut diiringi Persembahan nyanyian daripada Kumpulan Muzik TEKUN Nasional & Artis jemputan iaitu Rohana Jalil dan L.Ramli.



Latihan silat Kalam bersama dan ceramah kesihatan turut diadakan pada 20 Januari 2011.



No comments:

Post a Comment