Hari Koperasi Negara 2011 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan bertemakan “Transformasi Koperasi Menjana Ekonomi Rakyat” telah diadakan pada 8 hingga 10 Julai 2011 bertempat di Medan Letak Kereta Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 9 Julai 2011 jam 8.30 pagi.
Seramai 15,000 ahli koperasi dari seluruh negara telah mengambil bahagian dan sambutan tersebut adalah merupakan satu cara untuk mengiktiraf sumbangan dan peranan mereka dalam pembangunan ekonomi negara. Sambutan itu juga bagi mengingati penubuhan koperasi pertama yang didaftarkan pada 21 Julai 1922.
TEKUN Nasional turut menyertai Hari Koperasi Negara 2011 dengan membuka kaunter perkhidmatannya dan sambutan yang diterima daripada pengunjung yang hadir amat menggalakkan.
Antara aktiviti-aktiviti Hari Koperasi Negara 2011 adalah :
Ø Ekspo, pameran dan jualan dari Kementerian, Jabatan, Agensi-agensi kerajaan, koperasi dan syarikat swasta.
Ø Promosi produk-produk koperasi
Ø Forum Perdana
Ø Sukan Tradisional
Ø Pertandingan Karaoke
Ø Kuiz & Cabutan Bertuah
Ø Pertandingan Motosikal Klasik
Ø Pertandingan Memasak
No comments:
Post a Comment