Tuesday, June 7, 2011

TEKUN Mobile

TEKUN Mobile telah mula bergerak bermula pada 5 Jun 2011 di Pasar Tani Mega, Stadium Shah Alam, Selangor. Tujuan booth TEKUN Mobile ini dibuka adalah untuk memberikan penerangan mengenai TEKUN Nasional dan membuka peluang kepada bakal usahawan.



Di antara perkhidmatan TEKUN Mobile sebagai Pusat Khidmat Setempat adalah:
- Pertanyaan dan rujukan
- Kaunter Bayaran Pinjaman
- Pengambilan dan Penerimaan Borang Permohonan Pinjaman
- Khidmat Nasihat, Bimbingan & Sokongan


Monday, June 6, 2011

Strategic Partnership Signing Ceremony

Strategic Partnership Signing Ceremony telah diadakan pada 3 Jun 2011 di JW Marriot, Kuala Lumpur. TEKUN Nasional telah menandatangani memorandum persefahaman kerjasama strategik dengan Hazz Al Tawhidi International (M) Sdn Bhd.

TEKUN Nasional telah melantiksyarikat Hazz Al-Tawhidi sebagai rakan  strategik TEKUN  Nasional yang mana kerjasama strategik ini bertujuan untuk membimbing para peserta  atau bakal usahawan  TEKUN di bawah pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan Wanita ( PPUW), dan Program Pembangunan Usahawan Muda ( PPUM ), TEKUN Nasional.

Sesi ini juga dihadiri oleh Duta Hazz Al Tawhidi, Datuk Chef Wan



MOU ini ditandatangani oleh:
Pihak TEKUN
YBhg. Datuk Abdul Rahim Hassan, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional
disaksikan oleh YBrs En Adam Abdul Ghani, Pengurus Besar Kanan & Ketua Pegawai Operasi TEKUN Nasional

Pihak Hazz Al-Tawhidi
En.Hazimi bin Hj Abd Hamid, CEO Hazz Al- Tawhidi
disaksikan oleh
YBhg Brig.Gen.Dato' Husainy bin Hashim (B), Pengerusi Hazz Al Tawhidi International (M) Sdn Bhd


Tuesday, May 31, 2011

Mini MAHA Negeri Pahang

Mini MAHA Negeri Pahang telah diadakan pada 27 - 29 Mei 2011 di Kuantan, Pahang. kebawah duli yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'ain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah memperkenan untuk merasmikan Program selama tiga hari ini di Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.






Lawatan kebawah duli yang Maha Mulia Sultan Pahang ke gerai-gerai jualan dan tapak pameran Agensi-agensi dibawah Kementerian Petanian & Industri Asas Tani Malaysia.

Monday, May 16, 2011

SUKANEKA ADFIM 2011

Sukaneka ADFIM 2011 yang diadakan pada 14 Mei 2011 ini telah dijalankan di Pusat pembelajaran BSN, Bangi. Sukaneka ini telah mendapat sambutan sebanyak 15 agensi  daripada 18 agensi yang bergabung di bawah ADFIM (Association of Development Finance Institutions of Malaysia).



TEKUN Nasional juga turut mengambil bahagian dalam sukaneka tersebut yang telah di kelolakan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi TEKUN Nasional (KESURA). Tahniah kepada Kontigen TEKUN Nasional yang berjaya membawa pulang Emas (Acara Leftenan Adnan) dan Gangsa (Acara Terompah Gergasi (L) ) dalam SUKANEKA ADFIM 2011. Ucapan Tahniah juga kepada Kontigen TEKUN Nasional kerana memenangi tempat pertama kategori Khemah Tercantik untuk SUKANEKA ADFIM 2011 yang telah dikelola oleh Team Hiasan Khemah yang diketuai oleh En Shaiful Sazli & Pn.Shazarina dan AJK KESURA yang lain kerana bertungkus-lumus untuk persiapan khemah dan persediaan SUKANEKA ADFIM 2011.





Thursday, May 5, 2011

Pertandingan Tarian Tradisional & Nyanyian Bersama Penari Latar

PUSPANITA Kebangsaan telah menganjurkan pertandingan tarian tradisional & nyanyian bersama penari latar pada 4 Mei 2011. Pertandingan ini telah mendapat sambutan dari negeri-negeri lain yang menjadi ahli PUSPANITA. Majlis ini telah diadakan di Dewan De' Seri Endon, PUSPANITA PURI, Putrajaya.

Pertandingan saringan telah dijalankan sebelum majlis final yang diadakan pada hari yang sama. 5 peserta terbaik dari pertandingan tarian tradisional dan 5 peserta terbaik dari nyanyian bersama penari latar telah dipilih untuk bertanding pada makan malam Ladies Night PUSPANITA Kebangsaan 2011

PUSPANITA TEKUN Nasional turut mengambil bahagian bagi mewakili Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ( MOA ) dan telah berjaya merangkol tempat ke3 dalam pertandingan nyanyian bersama penari latar. Peserta tarian ini telah diberi tunjuk ajar oleh En.Saiful Sazli, Eksekutif Kanan TEKUN Nasional selaku pengerusi Kelab Kebudayaan TEKUN Nasional.

Peserta TEKUN Nasional mewakili MOA

Pemenang tempat ke3 bagi pertandingan tarian tradisional & nyanyian bersama penari latar dari wakil MOA

Datin Tengku Nizar selaku Pengerusi PUSPANITA TEKUN Nasional

Peserta-peserta pertandingan tarian tradisional

Peserta-peserta nyanyian bersama penari latar

Pemenang tempat ke 3 - Nyanyian bersama penari latar

Monday, April 25, 2011

Majlis Perhimpunan Petani, Penternak & Nelayan Kebangsaan 2011

Majlis Perhimpunan Petani, Penternak & Nelayan Kebangsaan 2011 telah diadakan ni MAEPS, Serdang. Majlis ini telah dijalankan selama 3 hari bermula dari Khamis hinnga Sabtu, 21-23 April 2011. Pelbagai aktiviti sukan rakyat telah dijalankan pada hari Jumaat seperti menebar jala, menangkap belut, melerai jagung, street scoccer, pertandingan memasak ikan air tawar dan sebagainya.

Pertandingan gulai kawah telah disertai oleh semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ( MOA ). Setiap agensi memasak beramai-ramai.






Majlis Perasmian dijalankan pada hari Jumaat di Dewan D, oleh YAB. Datuk Seri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Perarakan oleh pegawai dan para penternak dan petani juga turut diadakan.



Tuesday, April 5, 2011

Majlis Penganugerahan Darjat Silat KALAM Malaysia dan Pelancaran Silat Kalam 1Malaysia

Majlis Penganugerahan Darjat Silat KALAM yang kedua diadakan secara besar-besaran pada 3 April 2011 di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Noh Omar.  Guru utama Silat KALAM Malaysia adalah Prof. (Dr) Zahalan Man. Jamuan makan malam ini turut diiringi Persembahan Kebudayaan dan Muzik Tradisional.







Turut diadakan persembahan Akademi KALAM Polis Diraja Malaysia ( PDRM ), Akademi KALAM TEKUN Nasional, Akademi KALAM Rajawali Sepang, Akademi KALAM Negeri Sarawak dan Akademi KALAM Jalan Ipoh.