Friday, June 24, 2011

Majlis Pelancaran Perkhidmatan Permohonan Atas Talian & KKUT Negeri Selangor

Majlis Pelancaran Perkhidmatan Permohonan Atas Talian & Perjumpaan Pemimpin-pemimpin KKUT Negeri Selangor diadakan pada 22 Jun 2011 di Hotel Summit, Subang Jaya, Selangor. Majlis ini dirasmikan oleh YB. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YBhg. Datuk Seri Noh Haji Omar.

Pelancaran Perkhidmatan Atas Talian ini adalah sistem baru yang boleh digunakan oleh bakal/usahawan TEKUN Nasional bagi membuat permohonan pinjaman TEKUN.  Sistem ini boleh didapati di Portal Rasmi TEKUN Nasional di http://www.tekun.gov.my/.





Penyampaian sijil KKUT kepada semua AJK KKUT Negeri Selangor turut disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Noh Haji Omar.



Pertukaran MOU dengan 3 buah syarikat turut diberikan oleh CEO TEKUN Nasional, YBhg. Datuk Abdul Rahim Hassan. Syarikat yang membuat pertukaran perjanjian tersebut adalah Pos Malaysia, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor dan Rakan Strategik Hazz Al Tawhidi International (M) Sdn. Bhd.




Tuesday, June 21, 2011

Ekspo Pendidikan, Kerjaya & Hal Ehwal Pengguna

Ekspo Pendidikan, Kerjaya & Hal Ehwal Pengguna diadakan pada 17 - 19 Jun 2011 di Pontian, Johor. Pihak TEKUN telah dijemput untuk membuka kaunter penerangan mengenai TEKUN Nasional. Matlamat penganjuran program ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada masyarakat khusunya di dalam Daerah Pontian bagi memperolehi peluang-peluang yang boleh diberikan oleh agensi-agensi yang terlibat dalam program tersebut yang meliputi aspek kerjaya, pendidikan dan hal ehwal pengguna.






Monday, June 20, 2011

Majlis Taklimat Program Mempertingkatkan Pendapatan Rakyat/ Program Azam Tani

Majlis Taklimat Program Mempertingkatkan Pendapatan Rakyat, Program Azam Tani diadakan pada 18 Jun 2011 di Presint 8, Putrajaya.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dipertanggungjawabkan sebagai champion bagi Projek Azam Tani bagi kawasan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Ini merupakan salah satu daripada inisiatif Program Transformasi Kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA ) bagi meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah ( Low Income Households, LIH ) yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).



Objektif utama projek ini adalah untuk:
     i) Membantu isi rumah berpendapatan rendah dari golongan miskin tegar dan miskin di dalam eKasih
        meningkatkan pendapatan dalam bidang tanaman, penternakan, perikanan, perniagaan hasil pertanian
        dan penghasilan produk industri asas tani.
     ii) Mengeluarkan para peserta projek ini daripada garis kemiskinan.




Wednesday, June 15, 2011

Perhimpunan Pemasar Pasar Tani Negeri Sembilan

Perhimpunan Pemasar Pasar Tani Negeri Sembilan diadakan pada 13 Jun 2011 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Program seminar yang dianjurkan ini adalah melibatkan para pemasar atau usahawan niaga Pasar Tani dari seluruh Negeri Sembilan. Seminar ini diadakan dengan hasrat untuk mewujudkan komuniti pemasar yang bertanggungjawab, berwawasan, mempunyai jati diri dan responsif kepada pembaharuan. Melalui seminar seumpama ini juga mereka akan mendapat 'in-put' dan informasi secara langsung dari pengurusan tertinggi mengenai isu-isu semasa yang perlu ditangani serta pemasalahan yang perlu diselesaikan bagi manfaat semua pihak.




Objektif Seminar ini adalah:
      i) Sebagai wadah untuk para pemasar berinteraksi sesama mereka dalam usaha untuk meningkatkan lagi
         kerjasama dan permuafakatan ke arah kemajuan institusi pasar tani.
     ii) Mendedahkan para pemasar pasar tani mengenai misi dan visi yang perlu dicapai bagi memastikan
         pasar tani sentiasa kekal berdaya saing serta releven dengan perubahan persekitaran dan masa.
    iii) Meningkatkan kesedaran terhadap amalan-amalan murni seperti penerapan etika perniagaan,
         persekitaran dan masa
    iv) Memberikan motivasi dan suntikan semangat kepada para pemasar pasar tani agar mereka dapat
         mempertingkatkan lagi daya keusahawanan dan daya saing serta lahir sebagai usahawan yang dinamik
         dan berdaya maju.


Tuesday, June 7, 2011

TEKUN Mobile

TEKUN Mobile telah mula bergerak bermula pada 5 Jun 2011 di Pasar Tani Mega, Stadium Shah Alam, Selangor. Tujuan booth TEKUN Mobile ini dibuka adalah untuk memberikan penerangan mengenai TEKUN Nasional dan membuka peluang kepada bakal usahawan.



Di antara perkhidmatan TEKUN Mobile sebagai Pusat Khidmat Setempat adalah:
- Pertanyaan dan rujukan
- Kaunter Bayaran Pinjaman
- Pengambilan dan Penerimaan Borang Permohonan Pinjaman
- Khidmat Nasihat, Bimbingan & Sokongan


Monday, June 6, 2011

Strategic Partnership Signing Ceremony

Strategic Partnership Signing Ceremony telah diadakan pada 3 Jun 2011 di JW Marriot, Kuala Lumpur. TEKUN Nasional telah menandatangani memorandum persefahaman kerjasama strategik dengan Hazz Al Tawhidi International (M) Sdn Bhd.

TEKUN Nasional telah melantiksyarikat Hazz Al-Tawhidi sebagai rakan  strategik TEKUN  Nasional yang mana kerjasama strategik ini bertujuan untuk membimbing para peserta  atau bakal usahawan  TEKUN di bawah pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan Wanita ( PPUW), dan Program Pembangunan Usahawan Muda ( PPUM ), TEKUN Nasional.

Sesi ini juga dihadiri oleh Duta Hazz Al Tawhidi, Datuk Chef Wan



MOU ini ditandatangani oleh:
Pihak TEKUN
YBhg. Datuk Abdul Rahim Hassan, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional
disaksikan oleh YBrs En Adam Abdul Ghani, Pengurus Besar Kanan & Ketua Pegawai Operasi TEKUN Nasional

Pihak Hazz Al-Tawhidi
En.Hazimi bin Hj Abd Hamid, CEO Hazz Al- Tawhidi
disaksikan oleh
YBhg Brig.Gen.Dato' Husainy bin Hashim (B), Pengerusi Hazz Al Tawhidi International (M) Sdn Bhd