Pada 23 JANUARI 2011 di DATARAN LABIS, JOHOR DARUL TAKZIM, pihak TEKUN NASIONAL telah membuat satu MAJLIS PERJUMPAAN USAHAWAN TEKUN & PELANCARAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA ( PPUM ) TEKUN NASIONAL. Majlis ini telah dirasmikan dan lancarkan oleh Datuk Seri Noh Haji Omar (menteri Pertanian & Industri Asas Tani). Penyerahan bagi Sijil lantikan AJK Pengasas dan Penaja Kelab Komuniti Usahawan TEKUN (KKUT) Kawasan Labis, Segamat dan Sekijang. Penyerahan cek-cek pinjaman TEKUN Nasional kepada usahawan
Tuesday, January 25, 2011
Monday, January 24, 2011
Persidangan PTK Seluruh Malaysia
TEKUN Nasional telah mengadakan Persidangan Pengurus TEKUN Kawasan (PTK) Seluruh Malaysia pada 18 - 20 Januari 2011 di Hotel Summit, Subang Jaya, Selangor.
Pada 19 Januari, CEO TEKUN Nasional, YBhg. Datuk Abdul Rahim Hassan telah melancarkan PROGRAM TRANSFORMASI TEKUN NASIONAL ( TTP ). Program Transformasi TEKUN Nasional atau TEKUN Nasional Transformational Program ringkasnya TTP adalah merupakan satu Inisiatif Strategik dan Daya Usaha TEKUN Nasional ke arah mempertingkatkan lagi keberkesanan Sistem Penyampaiannya ( Delivery System ) supaya ianya dapat berperanan dengan lebih cekap dan berkesan serta memberikan perkhidmatan yang lebih baik bagi memenuhi hasrat dan matlamat penubuhannya. Program Transformasi TEKUN Nasional ( TTP ) ini juga adalah selari dengan Program Transformasi Kerajaan ( GTP ) untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada rakyat menerusi Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
Program Transformasi TEKUN Nasional ( TTP ) akan berteraskan kepada 7 Tonggak iaitu : -
1. Mentransformasikan Persepsi dan Keyakinan Rakyat Terhadap TEKUN Nasional dengan memberikan keutamaan kepada pelanggan selaras dengan aspirasi Rakyat didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
2. Membina Golongan Warga Kerja TEKUN Nasional yang Berintegriti, Berwibawa dan Mengutamakan Pelanggan.
3. Memantapkan lagi Organisasi dan Operasi Pelaksanaan TEKUN Nasional ( Business Process ) TEKUN Nasional supaya sistem penyampaiannya ( Delivery System ) mantap dan berkesan serta menjadi sebuah Organisasi Kerajaan yang boleh diharapkan oleh Rakyat
4. Menguruskan Dana Pembiayaan Pinjaman TEKUN dengan lebih Sistematik, Cekap dan Berhemah.
5. Mempertingkatkan Bayaran Balik dan Kutipan Hutang TEKUN Nasional dengan lebih berkesan supaya wang diperolehi akan dapat disalurkan kepada orang lain pula yang memerlukan.
6. Memajukan lagi Usahawan TEKUN supaya mereka menjadi Golongan Usahawan yang lebih berjaya serta bermanfaat kepada Negara dan Bangsa.
7. Mengujudkan Komuniti Usawahan TEKUN yang Berdaya Usaha, Jujur dan Progresif dengan penubuhan Kelab Komuniti Usahawan TEKUN ( KKUT ) di seluruh negara sebagai satu Platform Jaringan serta Wadah Pembangunan Ekonomi yang strategik dan amat berkesan.
Pada malam 19 Januari telah dilancarkan Program Transformasi TEKUN Nasional & Perasmian Persidangan Pengurus TEKUN Kawasan (PTK) Seluruh Malaysia 2011 beserta makan malam. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB. Datuk Seri Noh Haji Omar turut dijemput bagi melancarkan program ini. Turut disampaikan Anugerah Pencapaian TEKUN Nasional kepada Pengurus Kawasan yang terlibat.
Jamuan makan malam tersebut turut diiringi Persembahan nyanyian daripada Kumpulan Muzik TEKUN Nasional & Artis jemputan iaitu Rohana Jalil dan L.Ramli.
Latihan silat Kalam bersama dan ceramah kesihatan turut diadakan pada 20 Januari 2011.
Saturday, January 22, 2011
Program Perdana Menteri Bersama Rakyat 1Malaysia
Program Perdana Menteri, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak Bersama Rakyat 1Malaysia ini diadakan pada 20 Januari bertempat di Sungai Petani, Kedah.
Tuesday, January 18, 2011
Majlis Penyerahan Cek Spumi
Majlis Penyerahan Cek Spumi ini dijalankan pada 16 Januari 2011 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Karak. Majlis ini dianjurkan oleh Pengerusi MIC Pahang, Dato' Devendran. Penyerahan cek ini diadakan semperna Pesta Ponggal (pesta menuai).
Saturday, January 1, 2011
Pendahuluan mengenai TEKUN Nasional
TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.
Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.
Adalah diharapkan dengan Hala Tuju Baru dan Penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional akan menjadi sebuah institusi pelaksana ( executing agency ) yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ). Dengan kejayaan MPPB ini hasrat kita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tercapai.
Subscribe to:
Posts (Atom)