Thursday, September 27, 2012

MAKLUMAN

TEKUN Nasional ingin memaklumkan bahawa sejak kebelakangan ini terdapat terlalu banyak permohonan pinjaman yang diterima di luar jangka. Ini menyebabkan berlaku kelewatan dalam proses kelulusan dan penyaluran pinjaman. 

Disamping itu juga pihak TEKUN Nasional ingin menyeru kepada usahawan TEKUN sedia ada supaya dapat membuat bayaran balik pinjaman sepertimana yang dijanjikan. Sekiranya mereka gagal membuat bayaran maka dana yang ada tidak dapat menampung pembiayaan keseluruhan permohonan yang diterima.