Tuesday, October 18, 2011

Halal Fiesta Malaysia 2011

Ekspo Kepenggunaan Halal, Halal Fiesta Malaysia (HALFEST 2011) telah diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur pada 12-16 Oktober 2011. Program ini telah dianjurkan oleh Halal Industry Development Corporation (HDC) yang berkonsepkan Penjualan produk berstatus halal secara langsung kepada pengunjung. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed.



TEKUN Nasional turut membuka booth di ruangan pameran dan telah mendapat sambutan dan galakkan daripada orang awam.



 HALFEST – platform halal paling sempurna buat pengeluar dan pembekal perkhidmatan untuk mempromosi dan memasarkan produk mereka kepada pengguna tempatan di samping meningkatkan hubungan perniagaan antara penggiat industri dan pengguna-pengguna dalam negara.


HALFEST – memberi faedah kepada pasaran tempatan dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan halal serta pemegang-pemegang saham secara agresif di mata umat Islam di Malaysia dan orang awam amnya.

Tuesday, October 4, 2011

Majlis Perasmian Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh, Johor

Pada 1 Oktober telah berlaku majlis perasmian Bangunan Kompleks Bimbingan Usahawan Tani yang terletak di Pagoh, Johor. Majlis Perasmian telah disempurna oleh YAB Timbalan Perdana Menteri TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN.  Pelbagai acara diadakan seperti Pameran oleh jabatan dan agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Pasar Tani dan ladang pengeluaran sayuran dan buahan boleh dilawati.




Majlis pada hari ini juga menyaksikan penyampaian geran dan insentif oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Penyampaian geran dan insentif ini melibatkan usahawan-usahawan bimbingan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), AGROBANK serta TEKUN.