Friday, July 29, 2011

HIMPUNAN BELIA 1MALAYSIA 2011

Himpunan Belia 1Malaysia telah diadakan pada 28 Julai 2011 bertempat di Perkarangan Mini Stadium Pendang, Kedah Darul Aman. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana pada jam 3 petang bersempena dengan lawatan sehari beliau ke negeri Jelapang Padi itu.


Seramai 15,000 orang telah menghadiri majlis perasmian sempena himpunan tersebut bagi menunjukkan tanda sokongan mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.


Antara aktiviti-aktiviti sempena Himpunan Belia 1Malaysia adalah :
Ø      Ekspo, pameran dan jualan dari Kementerian, Jabatan, Agensi-agensi kerajaan, koperasi dan syarikat swasta
Ø      Pertandingan Futsal, Bola Jaring dan Sepak Raga Ratus
Ø      Cabutan bertuah dan lain-lain.      




Sempena himpunan tersebut juga, TEKUN Nasional telah menyalurkan pinjaman sebanyak RM 452,000.00 kepada seramai 42 orang usahawan bagi kawasan parlimen Pendang bagi tujuan mereka memula dan mengembangkan perniagaan. Cek pinjaman perniagaan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi TEKUN Nasional yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang, YB. Puan Suraya Yaacob serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, YBhg. Datuk Abdul Rahim Hassan. Kaunter perkhidmatan TEKUN Nasional turut dibuka kepada orang ramai dan sambutan yang diterima daripada pengunjung yang hadir amat menggalakkan.

Himpunan Belia 1Malaysia turut dimeriahkan dengan kehadiran Kumpulan Muzik TEKUN Nasional dan penyanyi popular jemputan tanah air iaitu saudara Ali Terra Rossa (bekas vokalis kumpulan XPDC) dan saudara Ashid dari kumpulan Def Gab C.

Monday, July 18, 2011

MAJLIS TEKUN NASIONAL BERSAMA MASYARAKAT INDIA PARLIMEN TELUK INTAN

Majlis TEKUN Nasional bersama Masyarakat India Parlimen Teluk Intan telah diadakan pada 16 Julai 2011 (Sabtu) jam 8.00 malam di Padang Ladang Nova Scotia, Teluk Intan Perak. Majlis ini  bertemakan Pembangunan Ekonomi Masyarakat India dirasmikan oleh YBhg Dato’ Mohd Hashim Abdullah Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.  Objektif majlis perjumpaan ini adalah untuk memberi maklumat dan penerangan berkaitan Skim Pembangunan Usahawan Muda India ( SPUMI ) serta mempereratkan silaturrahim di kalangan Masyarakat India Dan Pemimpin.

Majlis ini turut dihadiri Oleh Tn Hj Raihan TKSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' S.K Devamany Menteri JPM, YBhg Dato' Mah Siew Keong, Naib Presiden GERAKAN,YBhg Datuk Veerasingam, Ketua Perhubungan MIC Perak  







Peranan dan Objektif SPUMI adalah:
i)  Menyediakan skim pembiayaan mikro yang bertujuan memberi kemudahan untuk menjalankan perniagaan di kalangan belia india yang berumur 18 – 45 tahun.

ii)  Menggalakkan belia India menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara inovatif di samping meransang bidang keusahawanan di Malaysia.

iii) Memberikan peluang penglibatan yang lebih ramai untuk menggalakkan belia india menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara inovatif di samping merangsang bidang keusahawanan di Malaysia.

Sempena majlis ini, seramai 5 orang usahawan TEKUN Kawasan Parlimen Teluk Intan menerima Anugerah Usahawan TEKUN Cemerlang dan seramai 89 orang usahawan Kawasan Parlimen Teluk Intan menerima cek pinjaman TEKUN Nasional yang keseluruhannya berjumlah RM 700,000.00.

Monday, July 11, 2011

Hari Koperasi Negara 2011

Hari Koperasi Negara 2011 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan bertemakan “Transformasi Koperasi Menjana Ekonomi Rakyat” telah diadakan pada 8 hingga 10 Julai 2011 bertempat di Medan Letak Kereta Istana Kehakiman, Presint 3,  Putrajaya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 9 Julai 2011 jam 8.30 pagi.

Seramai 15,000 ahli koperasi dari seluruh negara telah mengambil bahagian dan sambutan tersebut adalah merupakan satu cara untuk mengiktiraf sumbangan dan peranan mereka dalam pembangunan ekonomi negara. Sambutan itu juga bagi mengingati penubuhan koperasi pertama yang didaftarkan pada 21 Julai 1922.





TEKUN Nasional turut menyertai Hari Koperasi Negara 2011 dengan membuka kaunter perkhidmatannya dan sambutan yang diterima daripada pengunjung yang hadir amat menggalakkan.

Antara aktiviti-aktiviti Hari Koperasi Negara 2011 adalah :

Ø     Ekspo, pameran dan jualan dari Kementerian, Jabatan, Agensi-agensi kerajaan, koperasi dan syarikat swasta.
Ø      Promosi produk-produk koperasi
Ø      Forum Perdana
Ø      Sukan Tradisional
Ø      Pertandingan Karaoke
Ø      Kuiz & Cabutan Bertuah
Ø      Pertandingan Motosikal Klasik
Ø      Pertandingan Memasak





Friday, July 8, 2011

Sesi Pengenalan Bersama Pengerusi Baru TEKUN Nasional

Sesi perkenalan ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, TEKUN Nasional pada 7 Julai 2011. Sesi ini bagi memperkenalkan Pengerusi Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional yang baru iaitu YB Puan Suraya Yaacob, Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Kawasan Sungai Tiang, Pendang. Tarikh kuatkuasa lantikan adalah 1 Julai 2011.


Dalam sesi suaikenal ini, YB. Suraya telah diberi penerangan oleh Datuk Abdul Rahim Hassan selaku Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional berkaitan visi & misi, halatuju baru dan program-program terbaru TEKUN Nasional.